Dalam hidup, tak dinafikan kita menghadapi pelbagai masalah. Tapi, bukan alasan untuk kita berputus asa dalam hidup. Sebenarnya, masalah yang menjadikan kita manusia. Tiada seorang pun manusia di dalam dunia ini tidak menghadapi masalah dalam kehidupan sehariannya. Jika dia seorang pelajar, maka dia menghadapi masalah seperti peperiksaan. Jika dia seorang pelajar kolej/universiti, maka assignment lah musuh utamanya. Jika dia seorang pekerja syarikat, maka masalah yang dihadapinya mesyuarat, laporan bulanan dan kertas kerja. Ini membuktikan manusia tidak pernah terlepas dalam menghadapi masalah.
Satu penyelesaian mudah, berhenti sekejap dan tarik nafas dalam-dalam. Pikirkan semula sebab kita melakukan perkara tersebut. Cari punca yang menyebabkan kita menghadapi masalah tersebut. Dari situ lah kita akan menemui jalan penyelesaiannya, Lebih mudah untuk kita mengharungi semua cabaran apabila kita 'enjoy' dengannya. Maksud saya, tenang hadapinya. Masalah lah yang menjadikan kita dewasa untuk menempuhi dunia yang mencabar ini. Kadang kala, penyelesaian sesuatu itu tidak terdapat dalam buku. Penyelasaiannya mungkin daripada pengalaman kita,, So, it's simple,,ENJOY YOUR LIFE TODAY !!!!!!!!